Showing posts with label Dapurku. Show all posts
Showing posts with label Dapurku. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

Pop Corn

Asssalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelayar web Sweet Qalesya. Sudah lama juga tak jengah kat sini...almaklum sejak akhir-akhir ini banyak keluar buat marketing untuk Bahulu Asli & Biskut Oat Choc Chip. Sekarang ini amat laris dipasaran, alhamdulillah ku panjangkan syukur kepadaNya.
 
Sekarang nie juga sedang proomosi untuk perkhidmatan menyediakan door gift untuk semua majlis (pertunangan, perkahwinan, doa selamat & tahlil, sambutan hari lahir dll). Khidmat ini adalah untuk perseorangan dan korporat.
 
Oh ya....lari dari tajuk pula kita. Petang tadi rasa macam nak rasa situasi menonton wayang lak. Ini lah yang terjadi...tak sampai lima minit selesai....hehehehe....
Resepi dari CMG terima kasih..


Thursday, January 15, 2015

Mixer Baru

Alhamdulillah dengan meningkatnya pasaran dan permintaan hasil Dapur Qalesya, kami menerima sebuah mixer besar sumbangan dari ibu saudara. Terima kasih Ucu semoga selalu dirahmati Allah dan diberi kesihatan agar mudah beribadah kepadaNya.

 


Wednesday, December 31, 2014

Roti Sarang Lebah

Petang nie rasa macam nak makan benda yang lain rasa jer. Teringat kat resepi yang pernah diberi oleh rakan sekolah ku. Maka terjadilah situasi yang dimana tangah berbicara dan inilah hasilnya.
 


Topping yang mengiurkan

Thursday, December 18, 2014

Puding Cendol 2

Entah mengapa tetiba selera ini ingin kan cendol pulak. Kali ini cuba lak kelainan didalam persembahan. Bahan dan sukatan tetap sama cuma persembahan yang berbeza.
 
Biarlah gambar-gambar ini yang berbicara.
 


 

Tuesday, December 16, 2014

Caramel Cheese Pudding

Hari nie nak cuba sesuaty yang baru lak. Selalu makan pudding caramel nie kat hotel jer kalau ada function. Kali nie bbuat sendiri dan makan kat rumah pulak...Terima kasih kepada Puan Azlita Aziz kerana kongsi resepi.
 


 
Resepi yang mudah.
 
Karamel 70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding 
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon               
 
Sediakan karamel 
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.

Monday, December 15, 2014

Ikan Selar Bersambal


Assalammualaikum kepada semua pelayar yang dikasihi. Lama tak update blog, kerna ada tugasan yang memerlukan tumpuan lebih. Hari nie nak share lauk yang senang nak buat dan menjadi kegemaran diwaktu sudah sering dijamu dengan ayam dan daging aje.
 
Ada yang kata ini hidangan untuk orang yang kurang rajin atau terlalu sibuk dengan urusan. Apa sahaja ler yang penting hidangan ini boleh membuka selera dan sedap.....
 
Tidah semestinya ikan selar sahaja, ikan lain juga boleh digunakan yang penting harus digoreng garing sebelum disiram dengan sambalnya.
 
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan selar kuning yang telah dibersihkan
10 tangkai cili kering direndam dalam air panas*
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai diketuk
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula
Kunyit serbuk
Asam Jawa
Air suam
 
Cara-caranya:
1. Ratakan garam dan kunyit serbuk pada ikan dan goreng sehingga garing.
2. Setelah garing angkat dan ketepikan.
3. Kisar semua bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis sehingga naik minyak bahan kisar bersama serai.
4. Masukkan garam secukup rasa, air asam jawa dan sedikit gula.
5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
6. Apa agak pekat tutup api dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng garing tadi dan bolehlah dihidangkan..
Selamat mencuba.

Monday, December 08, 2014

Kuih Keria

Petang nie kita layan lagi salah satu kuih tradisional yang bahan asasnya adalah keledek. Kuih kegemaran semasa zaman kanak-kanak ku dahulu.
Permulaan


Inilah hasilnya

Inilah juadah petang kami.

Wednesday, December 03, 2014

Puding Cendol

Hari hujan sungguh lebat hari ini. Teringat minggu yang lalu ada beli cendol. Hmmm...pudding terlintas dikepala.
Nie dia hasilnya.

Sedap kan?
 
Terima kasih kepada Citarasa Wan yang punya resepi. Untuk resepi boleh klik sini.

Tuesday, December 02, 2014

Sambal Telur Kecok

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pelayar Sweet Qalesya. Hari ini dapat satu resepi dari dapur bujang. Senang giler dan sedap....

 
Mula-mula rasa macam biasa jer, tapi bila dah buat hmmm....sedap sangat. Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk orang bujang tapi untuk hidangan bersama keluarga.

 
Bahan-bahan :
 
4 Biji telur
20 tangkai cili kering
1 Biji bawang besar
2 ulas bawang putin
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil asam jawa
Garam secukupnya
300ml air
Minyak utk menumis
 
Cara-cara :
1. Rendam dan kisar cili kering bersama bawang putih, bawang putih dan separuh bawang besar.
2. Tuang minyak dan tumis semua bahan kisar diatas sehingga garing.
3. Setelah garing masukkan garam secukupnya dan bawang besar separuh yang telah dihiris.
4. Masukkan asam jawa yang telaah dilarutkan dengan air.
5. Setelah mendidih pecahkan telur dan masak sehingga putih telur mengeras dan angkat utk dihidang.

Selamat mencuba....

Monday, December 01, 2014

Pulut Manis

Alhamdulillah hari ini dapat lagi menambah produk keluaran Dapur Qalesya iaitu pulut manis. Terima kasih kepada piihak yang menempah, sebuah badan koperat. Dapur Qalesya menyedikan sarapan pagi bagi sesi latihan badan koperat.
  
 
Talam Suji juga turut ditempah oleh badan koperat tersebut sebagai salah satu hidangan sesi latihan mereka.
 
 Untuk Tempahan & Pertanyaan
Tel : +6011 3231 2470
whatsApp : +6017 8883312

Friday, November 28, 2014

Kuih Cara Manis

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelayar2 setia blog Sweet Qalesya. Hari ini repeat lagi buat kuih cara manis yg tak kesampaian untuk dikongsi bersama di blog ini gara2 sambutan luar jangka dari anak2.
 
Kali ini buat masa anak2 sedang berehat di bilik masing2, senyap2 masuk dapur mula ler tangan berkreatif...


Belum sempat masak 2nd round anak bujang turun dengah tersengih2...masak apa tu??? Angah tolong yek, Tanya anak buujangku...tolong makan sambungnya....hahaha...
 
Ini jer yang sempat diselamatkan untuk jamuan petang dan yang sempat tiba di meja makan...

Resepinya saya share di sini.

Thursday, November 27, 2014

Singgang Daging

Hari ini punya ler banyak aktiviti mula dari pagi sampai ler ke malam menyiapkkan tempahan dan replenish stock frozen. Kesian anak bujang sorang nie dari pagi kena kerahan tenaga balik dari surau malam sambung kerahan tenaga....
 
Tanya, angah nak makan apa hari nie? Kita buat masak singgang daging macam Azlita boleh? Cepat jer jawab bolehhhh....
Nie dia hasil nyer....
 
Ini adalah masakan yang paling senang nak buat pada waktu yang terhad. Lagi pon badan tengah penat sebab nak sambung baking lepas zohor.
 
Jemput makan semua...Bismillah...

 
Nak cuba nie resepinya:
 
300g Daging
1 inci Lengkuas dihiris
1 inci Kunyit dihiris
3 Ulas Bawang Putih dihiris
3 Keping Asam Keping/gelugur
6 Biji Cili Api diketuk
Garam secukup rasa
500 ml air
 
Cara2 :
1. Besihkan daging dan rebus sampai empuk.
2.Setelah daging empuk masukkan semua bahan diatas dan masak sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih padamkan api dan hiding dengan nasi panas.
 
Selamat mencuba...

Wednesday, November 26, 2014

Agar-Agar Milo

Assalammualaikum semua pelayar web Dapur Qalesya. Hari nie nak share juadah wajib tiap kali bulan Ramadhan. Setiap hari wajib ada juadah nie tak kira apa perasa sekali pon yang penting wajib ada agar-agar di meja hidangan.

Nak jadi cerita sanggup ke Tesco semata-mata nak beli agar-agar yang ada logo Halal Jakim sebab teringin sangat nak makan.
 

Nie resepi utk dicuba bersama.

Bahan2:
1 paket agar2 strip (25g)
1 tin susu cair
1 1/2 cawan milo (dilarutkan dengan sedikit air panas)
1500 ml air
gula ikut citarasa masing2

Cara2:
1. Rendam agar2 sehingga kembang dan masak sehingga larut.
2. Masukkan susu cair, milo dan gula secukup rasa kacau sehingga mendidih.
3. Tuang kedalam Loyang 10" dan sejukkan. Bila sudah sejuk masukkan ke dalam peti ais utk rasa lebih enak.
4. Hidangkan bila sudah sejuk utk pencuci mulut.

Selamat mencuba.

Tuesday, November 25, 2014

Padprik Campur Ala Thai

Hari ini entah mengapa selera macam orang mengidam lak nak makan benda yang pelik-pelik. Sebenarnya ini adalah salah satu makanan kesukaan kalau makan diluar. Menu ini pasti yang menjadi pilihan hati. ditambah dengan side dish yaitu sambal belacan dan timun....
 
Hidangan nie kalau dihidangkan bersama nasi putih panas memang membuka selera. Tapi hari ini ada hidangan sampingan yang mengiringi hidangan padprik campur ala thai ku ini.
 
Tu dia...penuh satu meja macam nak jamu satu kampung tapi nak makan cuma tiga beranak jer.
Jemput makan semua. Bismillah....
 
 
Disini dikongsi bersama resepi utk dicuba.
 
Bahan 1:
300g isi ayam
300g sotong
1/2 batang lobak merah
100 kobis bunga (ditukar dengan kobis panjang)
1 biji capsicum hijau (diganti dengan kacang panjang)
1 labu bawang besar Holland (saya pakai bawang besar)
1 biji tomato
 
Bahan 2:
2 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
2 helai daun limau purut
1 batang serai diketuk
3 biji limau kasturi
5 biji cili api diketuk (tambah kalau nak lagi pedas)
1 biji cili merah
1/2 cawan air
Minyak masak utk menumis
 
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili api dan serai sehingga Wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sotong kacau sehingga rata.
3. Masukkan lobak merah, kacang panjang, kobis panjang, cili merah, kicap pekat, sos tomato,sos cili dan sos tiram, biarkan mendidih.
4. Masukkan daun limau purut dan kacau. Masukkan air, perahan limau dan tutup api.
 
Hidangkan dengan nasi putih atau bihoon yang telah dicelur. Selamat mencuba....
 
nota : Resepi diambil dari buku 1 Hari 1 resepi daripada Chef Hanieliza tapi telah diolah mengikut selera saya.
 


Monday, November 24, 2014

Kuih Kaswi

Hari nie nak cuba sesuatu yang agak ala-ala tradisional sikit. Belek punya belek jumpa satu kuih nie yg dulu Bonda selalu buat utk minum petang atau kekadang buat bekalan ke sekolah.
 
Alahai terkenal pulak nostalgia zaman sekolah dulu....Hari nie nak kongsi resepi kuih nostalgia zaman sekolah...

Aduhaiiii..... terubat rindu nak mkn kuih nostalgia nie.
  
 
BAHAN A :-        
  • 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam

 
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
  2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
  3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.

Tuesday, November 18, 2014

Freezer

Alhamdulillah hari ini terima asset baru untuk Qalesya Frozen Food. Mudah2an ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
 

Ok kat sini nak umumkan produk Frozen yang telah mula keluar Sardin Roll dan Puteri Ayu.
 
Pelanggan yang berminat sila hubungi kami segera.
Nantikan juga Pau Gebu dan Murtabak Mini tidak lama lagi.
 
Qalesya Frozen Food - Homemade frozen product
WhatsApp: +6017 8883312
Email : sweetqalesya @gmail.com
Call : +6011 32312470

Friday, November 14, 2014

Pindang Kacang

Hari nie masuk dapur bersama Bonda tercinta. Belek2 peti ais jumpa hati dan pedal ayam...Bonda tanya ada santan? Jeng...jeng...
Angah....pegi kedai jap beli santan dengan kacang panjang, anak bujang ku kena kerahan tenaga. Lepas tu aku ke belakang rumah gali lengkuas pula sama serai...bermulalah sesi menurun ilmu masakan anak Negeri Sembilan....
 
Inilah hasilnya...jemput makan
 
Bangga pula jadi Anak Negeri Sembilan nie dari Suku Batu Hampar. Nanti nak korek lagi resepi masakan lama yang ada pada Bonda. Tungguuuuu......
 
Kita kongsi bersama resepi Bonda nie yer...
 
300g hati + pedal ayam
300g kacang panjang
1 biji kelapa diperah santannya
2 batang serai
1 in lengkuas
1 in halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji cili api
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Minyak utk menumis
 
Cara masak:
 
1. Tumbuk semua bahan diatas kecuali serai sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk td sehingga naik bau masukkan serai yg telah dititik.
3. masukkan hati + pedal ayam masak sehingga kering air.
4. Masukkan santan dan asam gelugur masak hingga naik minyak
5. Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa.
6. Masak hingga naik minyak dan kering sedikit
Selamat mencuba resepi Bonda nie..sedappppp.....


Wednesday, November 05, 2014

Mee Goreng Si Jantung Hati

Hujan lebat hari ini membuat suasana dingin menyelubungi area perumahan ku. Selongkar peti sejuk jumpa bahan2 yang bolehku buat experiment baru dari Dapur Qalesya. Nak tahu mcm mana rupa hasil ciptaanku petang ini?
Naaa.....tu dia semangkuk utk minum petang plus makan malam.
Nak resepi? Nie dia utk dicuba, selamat mencuba.
 
 
Bahan2:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
Semua bahan di atas di kisar bersama.
 
500gm mee kuning
1 biji lobak merah (karet)
sekeping hati ayam, jantung dan pedal (dapat jika beli ayam proses sekor)
3 tangkai sawi.
1 biji cili merah (utk hiasan)
Minyak masak
1 tbs Garam
 
Cara sediakan:
Panaskan minyak dan goreng hati, jantung & pedal ayam tadi sehingga kekuningan.
Masukkan bahan dikisar tadi dan tumis sehingga naik minyak, masukkan garam dan karet.
Masukkan mee dan kacau sehingga rata, kemudian masukkkan sawi kacau sehingga sawi layu.
Angkat mee setelah sawi layu dan hidangkan, tabur cili yang dihiris sebagai hiasan.
Sekarang sedia utk dinikmati seisi keluarga...

Apam Pokadot

Assalammualaikum pelayar2 semua. Ini cerita semalam yg terlalu byk aktiviti. Pagi ke sekolah anak di Jeram, shopping barangan dapur Qalesya & petang anak minta buatkan kueh minum petang.
 
Adoii...rehat jap lepas solat asar mula sarung apron baruku...siapkan bahan utk minum petang dan bahan tempahan utk deliver esok.
 
Tuu..dia siap sudah juadah minum petang...

 
Nak tahu siapa yg paling happy bila dah siap?
Qalesya yang paling happy...


Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi kami di:
WhatsApp : +6017 8883312
Email : sweetqalesya@gmail.com
Call : +6011 3231 2470

Friday, October 31, 2014

Apam Gula Hangus

Alhamdulillah hari ini satu lagi resepi Zuriana dari blog masam manis mengisi slot Dapur Qalesya. Hari yg dingin selepas hujan lebat sepanjang petang membuat perut pun mendendangkan lagu keroncong..hehehehe.....
 
Inilah hasilnya akibat tangan mengikut kata perut yang berdendang. Jemput semua..bismillah
 
Apam Gula Hangus
 
Seperti biasa Dapur Qalesya kongsikan resepi untuk dicuba.
 
1 cawan gula pasir 
1 cawan air 
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut.  Kemudian sejukkan. 
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. Selamat mencuba..