Friday, October 31, 2014

Apam Gula Hangus

Alhamdulillah hari ini satu lagi resepi Zuriana dari blog masam manis mengisi slot Dapur Qalesya. Hari yg dingin selepas hujan lebat sepanjang petang membuat perut pun mendendangkan lagu keroncong..hehehehe.....
 
Inilah hasilnya akibat tangan mengikut kata perut yang berdendang. Jemput semua..bismillah
 
Apam Gula Hangus
 
Seperti biasa Dapur Qalesya kongsikan resepi untuk dicuba.
 
1 cawan gula pasir 
1 cawan air 
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut.  Kemudian sejukkan. 
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. Selamat mencuba..

Wednesday, October 29, 2014

TEPUNG MAGIK

Assalamualaikum.  Dapur Sweet Qalesya nak perkenalkan produk magik  utk seisi dapur. Tepung serbaguna dan sedang mendapat permintaan tinggi.


Tepung Goreng serbaguna ini mendapat gelaran TEPUNG MAGIK oleh sebab kerangupannya yang kekal berjam-jam lamanya. Tidak seperti tepung goreng biasa yang berada dipasaran yang membuat makanan cepat lemau setelah digoreng.
 
Kelebihannya:
1)Cepat & Mudah disediakan
2)Kurang Berminyak
3)Tanpa Telur
4)Tepung tidak digunakan dengan Banyak
5)Tidak menggunakan minyak yang banyak
6)Gorengan tidak cepat lembik (soggy)
7)Rasa macam kulit ayam KFC (ini customer yang cakap)
8)Mempunyai sijil halal JAKIM
 
Tepung Goreng serbaguna ini sesuai diguna untuk:
1) Ayam
2) Daging
3) Kambing
4) Makanan laut
5) Cendawan
6) Tempe
7)Sayur-sayuran
8) Buah-buahan
 
Utk order online sila lawati http://qalesya.com/?p=tepung_magik atau call utk tempahan. Harga cuma RM10.00 (tdk termasuk kos pos).

Tuesday, October 28, 2014

Oven Baru


Alhamdulillah pada tanggal 26 Oktober 2014 dapur Qalesya menerima asset baru merupakan dapur oven elektik pemberian dari ibu saudaraku. Dengan adanya asset baru ini pengeluaran dapur Sweet Qalesya bisa dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan.
Inilah dia...besarrr....
 
Jom kita tingkatkan pengeluaran, marketing manager tingkatkan sales...hahaha...
Mak Usu terima kasih..Love you...


Monday, October 27, 2014

Apam Gula Merah

Alhamdulillah hari ini aku mencuba lagi satu resepi Mat Gebu. Hasilnya sungguh memberangsangkan dan mendapat sambutan dari keluarga. Ini lah hasil Dapur SweetQalesya utk petang ini...
Apam Gula Merah.

Bagi yang berminat inilah resepinya, selamat mencuba....

BAHAN-BAHAN A :
1/2 cawan hirisan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN B :
11 gram instant yeast (mauripan)
1/2 cawan air suam
3/4 camca teh gula halus

BAHAN-BAHAN C :
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
Secubit garam halus

Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, untuk dimakan bersama apam.

CARA MEMBUATNYA :

  1. Masak bahan2 A hingga gula larut dan mendidih. Biar sejuk, kemudian tapis. Dalam satu bekas, satukan bahan2 B, kacau rata hingga sebati dan biar 10 minit hingga bancuhan yeast berbuih2. 
  2. Masukkan tepung ke dalam bekas besar bersama secubit garam halus, kacau rata. Tuang bancuhan yeast, 1/2 cawan air dan air gula melaka tadi. Kacau rata dengan whisk hingga semua sebati dan licin. Perap 1 jam hingga adunan naik dua kali ganda.
  3. Panaskan kukusan, balut tutup kukusan dengan tuala dapur bersih. Lenser loyang berukuran 10 inci x 10 inci x 2 inci dengan sedikit minyak atau marjerin. Tuang adunan apam tadi, biar 10 minit, kemudian kukus dengan api besar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate bersih dibahagian tengah apam, jika keluar bersih, tanda apam telah masak. Keluar loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut bergaram untuk minum petang atau sarapan pagi.

Talam Tokyo

Alhamdulillah hari ini berjaya menghasilkan satu lagi talam keluaran Dapur Qalesya dan ini lah hasilnya.
Talam Tokyo
 
Boleh dijamu untuk santapan bersama keluarga atau meraikan tamu yang datang berkunjung. Sesuai juga untuk dijadikan buahtangan apabila berkunjung atau menziarahi keluarga atau teman.
 
Harga setalam RM32.00

Saturday, October 25, 2014

Kueh Cara Manis

Hari ini mencuba resepi yang di copy dari blog Mat Gebu. Ini adalah makanan kegemaran aku yang sering disediakan oleh bonda masa aku kecil2 dulu.

Kueh Cara Manis
 
 
Ini yang tinggal...
 
Alhamdulillah hasilnya sungguh tidak disangka anak2 suka dan tak sempat sampai ke meja utama. Percubaan pertama yang sungguh mengagumkan.
Terima kasih semua yang telah menghabiskan masakan ku hari ini... Tak sempat untuk dihias bagi blog pic.
Bagi yg berminat untuk mencuba inilah resepinya, selamat mencuba:
 
 
BAHAN-BAHANNYA :-
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
 
 CARA MEMBUATNYA :
1.Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
2.Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
 3.Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
4.Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang....

Monday, October 20, 2014

Sri Muka Pandan & Talam Suji

Beranika Jenis Talam keluaran dapur Sweet Qalesya

Sri Muka Pandan
(RM32.00/talam)

Talam Suji
(RM28.00/talam)



:- besar talam 10"x10"

Sunday, October 19, 2014

Testimoni Pelanggan Dapur Sweet Qalesya

Kami paparkan  testimoni pelanggan dapur Sweet Qalesya. Luahan hati kepuasan hasil yang mereka terima.





Friday, October 17, 2014

Biskut Dahlia

Hari ini keluar lagi produk terbaru dari dapur Sweet Qalesya dan inilah hasilnya.


Biskut Dahlia dikeluarkan atas permintaan khas oleh seorang pelanggan istimewa dapur Sweet Qalesya.

Sedia untuk penghantaran

Harga Sebalang (50 biji) RM22.00

Monday, October 13, 2014

Tempat Menuntut Ilmu



Disinilah tempatnya kami menimba ilmu bagi menghasilkan produk keluaran dapur Sweet Qalesya.

Terima Kasih Chef Asma.


Sunday, October 12, 2014

1st Batch Cheese Tart

Inilah hasil keluaran terkini dari dapur Sweet Qalesya.

RM30.00 utk 25pcs & RM60.00 utk 50pcs
(packing adalah dlm kuantiti 25pcs & 50pcs)

Tart Shell (kulit tart) RM30.00 utk 100 keeping (pcs)


Tiada kata-kata yang dapat diucapkan bagi mengambarkan kegembiraan atas kelahiran semula keluaran dapur Sweet Qalesya.

Saturday, October 11, 2014

Masihkah Anda Ingat?

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama menyepikan diri kami muncul kembali. Sebenarnya kami bukan hilang atau bertapa tapi tidak mengiklankan kehadiran kami dipasaran. Kami masih aktif dan masih menerima tempahan dari teman-teman rapat dan keluarga.

KINI...kami hadir untuk memenuhi permintaan pelanggan setia dan pelanggan lama juga menerima kehadiran pelanggan baru.

SEKARANG...kami membawa sedikit perubahan keluaran produk dari dapur rumah kami sambil mengekalkan yang lama.

PERMULAAN...kami menerima tempahan untuk Cheese Tart dan Tart Shell pada harga kemunculan semula (promosi sehingga hujung Oktober 2014)
* Cheese Tart-RM0.95/sebiji. Packing dalam kuantiti 25 biji dan 50 biji.
* Tart Shell-RM29/100 biji
(Saiz tart adalah berukuran 5sm)