Tuesday, January 27, 2015

Pop Corn

Asssalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelayar web Sweet Qalesya. Sudah lama juga tak jengah kat sini...almaklum sejak akhir-akhir ini banyak keluar buat marketing untuk Bahulu Asli & Biskut Oat Choc Chip. Sekarang ini amat laris dipasaran, alhamdulillah ku panjangkan syukur kepadaNya.
 
Sekarang nie juga sedang proomosi untuk perkhidmatan menyediakan door gift untuk semua majlis (pertunangan, perkahwinan, doa selamat & tahlil, sambutan hari lahir dll). Khidmat ini adalah untuk perseorangan dan korporat.
 
Oh ya....lari dari tajuk pula kita. Petang tadi rasa macam nak rasa situasi menonton wayang lak. Ini lah yang terjadi...tak sampai lima minit selesai....hehehehe....
Resepi dari CMG terima kasih..


Thursday, January 15, 2015

Mixer Baru

Alhamdulillah dengan meningkatnya pasaran dan permintaan hasil Dapur Qalesya, kami menerima sebuah mixer besar sumbangan dari ibu saudara. Terima kasih Ucu semoga selalu dirahmati Allah dan diberi kesihatan agar mudah beribadah kepadaNya.

 


Saturday, January 10, 2015

Biskut Oat Choc Chip & Bahulu Asli


 
PETRON
Kenapa dengan PETRON? Apa istimewanya stesen minyak ini?
Disinilah produk keluaran Sweet Qalesya boleh didapati. Sweet Qalesya Enterprise telah mendapat sokongan beberapa stesen PETRON yang terpilih bagi memesarkan barangan keluaran Sweet Qalesya. Buat masa ini Biskut Oat Choc Chip dan Bahulu Asli boleh didapati di kedai serbanika stesen minyak ini.
 
 
Carilah lambang ini distesen PETRON jika anda singgah berbelanja di kedai serbanika mereka. Atau tanyalah di counter dimana produk Sweet Qalesya.
 
Terima kasih kepada pentadbiran Stesen PETRON yang memberikan kerjasama kepada Sweet Qalesya bagi memasarkan produk kami.

Bagi mengetahui Stesen PETRON yang terlibat sila ikuti update terkini di FaceBook kami.

Tuesday, January 06, 2015

Biskut Oat Choc-Chip

Packing 70g

Packing 200g

 
Untuk Tepahan & Pertanyaan:
Call : 011 3231 2470
WhatsApp : 017 888 3312