Tuesday, December 02, 2014

Sambal Telur Kecok

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pelayar Sweet Qalesya. Hari ini dapat satu resepi dari dapur bujang. Senang giler dan sedap....

 
Mula-mula rasa macam biasa jer, tapi bila dah buat hmmm....sedap sangat. Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk orang bujang tapi untuk hidangan bersama keluarga.

 
Bahan-bahan :
 
4 Biji telur
20 tangkai cili kering
1 Biji bawang besar
2 ulas bawang putin
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil asam jawa
Garam secukupnya
300ml air
Minyak utk menumis
 
Cara-cara :
1. Rendam dan kisar cili kering bersama bawang putih, bawang putih dan separuh bawang besar.
2. Tuang minyak dan tumis semua bahan kisar diatas sehingga garing.
3. Setelah garing masukkan garam secukupnya dan bawang besar separuh yang telah dihiris.
4. Masukkan asam jawa yang telaah dilarutkan dengan air.
5. Setelah mendidih pecahkan telur dan masak sehingga putih telur mengeras dan angkat utk dihidang.

Selamat mencuba....

1 comment:

  1. Nak lebih "kick", kisarkan skali dgn sedikit ikan bilis dan tambahkan sedikit gula setelah bahan kisar garing. Hehe...

    ReplyDelete