Monday, December 15, 2014

Ikan Selar Bersambal


Assalammualaikum kepada semua pelayar yang dikasihi. Lama tak update blog, kerna ada tugasan yang memerlukan tumpuan lebih. Hari nie nak share lauk yang senang nak buat dan menjadi kegemaran diwaktu sudah sering dijamu dengan ayam dan daging aje.
 
Ada yang kata ini hidangan untuk orang yang kurang rajin atau terlalu sibuk dengan urusan. Apa sahaja ler yang penting hidangan ini boleh membuka selera dan sedap.....
 
Tidah semestinya ikan selar sahaja, ikan lain juga boleh digunakan yang penting harus digoreng garing sebelum disiram dengan sambalnya.
 
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan selar kuning yang telah dibersihkan
10 tangkai cili kering direndam dalam air panas*
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai diketuk
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula
Kunyit serbuk
Asam Jawa
Air suam
 
Cara-caranya:
1. Ratakan garam dan kunyit serbuk pada ikan dan goreng sehingga garing.
2. Setelah garing angkat dan ketepikan.
3. Kisar semua bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis sehingga naik minyak bahan kisar bersama serai.
4. Masukkan garam secukup rasa, air asam jawa dan sedikit gula.
5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
6. Apa agak pekat tutup api dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng garing tadi dan bolehlah dihidangkan..
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment