Tuesday, November 25, 2014

Padprik Campur Ala Thai

Hari ini entah mengapa selera macam orang mengidam lak nak makan benda yang pelik-pelik. Sebenarnya ini adalah salah satu makanan kesukaan kalau makan diluar. Menu ini pasti yang menjadi pilihan hati. ditambah dengan side dish yaitu sambal belacan dan timun....
 
Hidangan nie kalau dihidangkan bersama nasi putih panas memang membuka selera. Tapi hari ini ada hidangan sampingan yang mengiringi hidangan padprik campur ala thai ku ini.
 
Tu dia...penuh satu meja macam nak jamu satu kampung tapi nak makan cuma tiga beranak jer.
Jemput makan semua. Bismillah....
 
 
Disini dikongsi bersama resepi utk dicuba.
 
Bahan 1:
300g isi ayam
300g sotong
1/2 batang lobak merah
100 kobis bunga (ditukar dengan kobis panjang)
1 biji capsicum hijau (diganti dengan kacang panjang)
1 labu bawang besar Holland (saya pakai bawang besar)
1 biji tomato
 
Bahan 2:
2 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
2 helai daun limau purut
1 batang serai diketuk
3 biji limau kasturi
5 biji cili api diketuk (tambah kalau nak lagi pedas)
1 biji cili merah
1/2 cawan air
Minyak masak utk menumis
 
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili api dan serai sehingga Wangi.
2. Masukkan isi ayam dan sotong kacau sehingga rata.
3. Masukkan lobak merah, kacang panjang, kobis panjang, cili merah, kicap pekat, sos tomato,sos cili dan sos tiram, biarkan mendidih.
4. Masukkan daun limau purut dan kacau. Masukkan air, perahan limau dan tutup api.
 
Hidangkan dengan nasi putih atau bihoon yang telah dicelur. Selamat mencuba....
 
nota : Resepi diambil dari buku 1 Hari 1 resepi daripada Chef Hanieliza tapi telah diolah mengikut selera saya.
 


Monday, November 24, 2014

Kuih Kaswi

Hari nie nak cuba sesuatu yang agak ala-ala tradisional sikit. Belek punya belek jumpa satu kuih nie yg dulu Bonda selalu buat utk minum petang atau kekadang buat bekalan ke sekolah.
 
Alahai terkenal pulak nostalgia zaman sekolah dulu....Hari nie nak kongsi resepi kuih nostalgia zaman sekolah...

Aduhaiiii..... terubat rindu nak mkn kuih nostalgia nie.
  
 
BAHAN A :-        
  • 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam

 
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
  2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
  3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.

Friday, November 21, 2014

Apam Polkadot

Assalammualaikum semua pelayar2 web Sweetqalesya. Hari nie nak share sesuatu yg viral kat Dapur Qalesya. Walaupun dah lama dipasaran tetapi masih mendapat permintaan dari penggemar hasil Dapur Qalesya.
 
Alhamdulillah Dapur Qalesya masih boleh mengeluarkan mengikut permintaan semua pelanggan kami.

Si Comel Manja Qalesya pon suka, "saya nak apam kokodot". Itu lah ucapan yg sering diucapkan apabila melihat apam ini keluar dari kukus...bila dah dapat berlari keliling rumah.

 
Harga kami RM0.32 sebiji
(minimum order 50 biji)
 
Untuk Tempahan & Pertanyaan
Tel : +6011 3231 2470
whatsApp : +6017 8883312
 

Thursday, November 20, 2014

Produk Frozen

 Frozen Puteri Ayu
(10pcs/pack RM4.00)
 
Frozen Sardine Roll
(10pcs/pack RM4.50)
 
 
Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi:-
Tel : +6011 32312470
WhatsApp : +6017 8883312

Tuesday, November 18, 2014

Freezer

Alhamdulillah hari ini terima asset baru untuk Qalesya Frozen Food. Mudah2an ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
 

Ok kat sini nak umumkan produk Frozen yang telah mula keluar Sardin Roll dan Puteri Ayu.
 
Pelanggan yang berminat sila hubungi kami segera.
Nantikan juga Pau Gebu dan Murtabak Mini tidak lama lagi.
 
Qalesya Frozen Food - Homemade frozen product
WhatsApp: +6017 8883312
Email : sweetqalesya @gmail.com
Call : +6011 32312470

Monday, November 17, 2014

Puteri Ayu

Shukur Alhamdulillah berjaya mengeluarkan satu lagi produk terbaru untuk pasaran Qalesya Frozen Food. Sudah menerima tempahan awal dari pelanggan2 tetap Dapur Qalesya. Lihatlah sendiri...
 

Tempahan sudah dibuka dari sekarang. Sila hubungi kami untuk tempahan dan penghantaran.


Friday, November 14, 2014

Pindang Kacang

Hari nie masuk dapur bersama Bonda tercinta. Belek2 peti ais jumpa hati dan pedal ayam...Bonda tanya ada santan? Jeng...jeng...
Angah....pegi kedai jap beli santan dengan kacang panjang, anak bujang ku kena kerahan tenaga. Lepas tu aku ke belakang rumah gali lengkuas pula sama serai...bermulalah sesi menurun ilmu masakan anak Negeri Sembilan....
 
Inilah hasilnya...jemput makan
 
Bangga pula jadi Anak Negeri Sembilan nie dari Suku Batu Hampar. Nanti nak korek lagi resepi masakan lama yang ada pada Bonda. Tungguuuuu......
 
Kita kongsi bersama resepi Bonda nie yer...
 
300g hati + pedal ayam
300g kacang panjang
1 biji kelapa diperah santannya
2 batang serai
1 in lengkuas
1 in halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji cili api
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Minyak utk menumis
 
Cara masak:
 
1. Tumbuk semua bahan diatas kecuali serai sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk td sehingga naik bau masukkan serai yg telah dititik.
3. masukkan hati + pedal ayam masak sehingga kering air.
4. Masukkan santan dan asam gelugur masak hingga naik minyak
5. Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa.
6. Masak hingga naik minyak dan kering sedikit
Selamat mencuba resepi Bonda nie..sedappppp.....