Saturday, May 23, 2015

Ramadhan & Syawal

Alhamdulillah kita bersua kembali dialam maya ini. Kita sudah berada di Bulan Sya'ban yang amat barakah ini dan Bulan Ramadhan Al Mubarak bakal menjelang. Kami di Sweet Qalesya menyediakan persediaan untuk sambutan Ramadhan dan Syawal yang akan menyusul.
 
Pada kali ini Dapur Qalesya membuka tempahan untuk sambutan Ramadhan dan Syawal yang menyusul kemudian iaitu:

1. Biskut Mazola
Sebalang (50 pcs) RM27.00

2. Almond London
Sebalang (50 pcs) RM30.00

3. Kuih Dahlia
Sebalang (50 pcs) RM27.00

4. Cokelat mint
Sekotak (50 pcs) RM38.00


5. Cheese Tart (Strawberry & Blueberry)
25pcs packing RM28.00


UNTUK TEMPAHAN DAN PETANYAAN
HUBUNGI KAMI

Sunday, February 15, 2015

Doorgift Dari SweetQalesya



Alhamdulillah syukur kepadaNya yang telah menganugerah rezeki dan kelebihan buat Sweet Qalesya. Disini kami memperkenalkan produk dan hasil keluaran yang kembali dari Sweet Qalesya, "Doorgift".
Lolipop Cokelat


 
Doorgift untuk sebarang acara
Cheese Tart & cokelat
Sedia untuk dihadiahkan kepada tetamu anda


UNTUK TEMPAHAN DAN PETANYAAN
HUBUNGI KAMI
 
 

Wednesday, February 04, 2015

Wedding Cousin Lagi

 
Alhamdulillah akhirnya dapat mengumpul koleksi foto wedding yang berlangsung November lalu. SweetQalesya telah diminta buat dekorasi meja untuk "Desert Table" pada majlis itu, dengan sumber dan bahan yang terhad lihatlah bagaimana hasilnya dibawah.
The Bride
 
The wedding cake
 
Hasil sentuhan dekorasi dari Sweet Qalesya

Photo Booth

Fish in the jar
 
 

Monday, February 02, 2015

Wajah Baru

Wajah Lama SweetQalesya


Wajah Baru tetapi masih mengekalkan citarasa asli dan kualiti yang terpelihara

Alhamdulillah sempena tahun baru ini SweetQalesya juga berwajah baru. Ini adalah sentuhan dari Fine Artistic Studio & Design. Terima kasih dan good job buat Cik Noor Athirah.
 
Mulai 1 Februari 2015 semua produk keluaran SweetQalesya akan berwajah baru. Kenali kami dengan wajah baru kami ini dan terus menyokong keluaran SweetQalesya.

Tuesday, January 27, 2015

Pop Corn

Asssalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelayar web Sweet Qalesya. Sudah lama juga tak jengah kat sini...almaklum sejak akhir-akhir ini banyak keluar buat marketing untuk Bahulu Asli & Biskut Oat Choc Chip. Sekarang ini amat laris dipasaran, alhamdulillah ku panjangkan syukur kepadaNya.
 
Sekarang nie juga sedang proomosi untuk perkhidmatan menyediakan door gift untuk semua majlis (pertunangan, perkahwinan, doa selamat & tahlil, sambutan hari lahir dll). Khidmat ini adalah untuk perseorangan dan korporat.
 
Oh ya....lari dari tajuk pula kita. Petang tadi rasa macam nak rasa situasi menonton wayang lak. Ini lah yang terjadi...tak sampai lima minit selesai....hehehehe....
Resepi dari CMG terima kasih..


Thursday, January 15, 2015

Mixer Baru

Alhamdulillah dengan meningkatnya pasaran dan permintaan hasil Dapur Qalesya, kami menerima sebuah mixer besar sumbangan dari ibu saudara. Terima kasih Ucu semoga selalu dirahmati Allah dan diberi kesihatan agar mudah beribadah kepadaNya.

 


Saturday, January 10, 2015

Biskut Oat Choc Chip & Bahulu Asli


 
PETRON
Kenapa dengan PETRON? Apa istimewanya stesen minyak ini?
Disinilah produk keluaran Sweet Qalesya boleh didapati. Sweet Qalesya Enterprise telah mendapat sokongan beberapa stesen PETRON yang terpilih bagi memesarkan barangan keluaran Sweet Qalesya. Buat masa ini Biskut Oat Choc Chip dan Bahulu Asli boleh didapati di kedai serbanika stesen minyak ini.
 
 
Carilah lambang ini distesen PETRON jika anda singgah berbelanja di kedai serbanika mereka. Atau tanyalah di counter dimana produk Sweet Qalesya.
 
Terima kasih kepada pentadbiran Stesen PETRON yang memberikan kerjasama kepada Sweet Qalesya bagi memasarkan produk kami.

Bagi mengetahui Stesen PETRON yang terlibat sila ikuti update terkini di FaceBook kami.

Tuesday, January 06, 2015

Biskut Oat Choc-Chip

Packing 70g

Packing 200g

 
Untuk Tepahan & Pertanyaan:
Call : 011 3231 2470
WhatsApp : 017 888 3312

Wednesday, December 31, 2014

Roti Sarang Lebah

Petang nie rasa macam nak makan benda yang lain rasa jer. Teringat kat resepi yang pernah diberi oleh rakan sekolah ku. Maka terjadilah situasi yang dimana tangah berbicara dan inilah hasilnya.
 


Topping yang mengiurkan

Monday, December 22, 2014

Kuih Tradisional & Moden

Sardine Roll, Sri Muka, Kuih Lapis & Apam Polkadot
 
Untuk Tempahan & Pertanyaan hubungi
WhatsApp : +6017 8883312
Call : +6011 3231 2470

Thursday, December 18, 2014

Puding Cendol 2

Entah mengapa tetiba selera ini ingin kan cendol pulak. Kali ini cuba lak kelainan didalam persembahan. Bahan dan sukatan tetap sama cuma persembahan yang berbeza.
 
Biarlah gambar-gambar ini yang berbicara.
 


 

Wednesday, December 17, 2014

Colorful Puteri Ayu


Ini ler cetusan hasil tangan apabila kehendak pelanggan yang pelbagai.

 
Untuk Tempahan & Pertanyaan:
Whatsapp : 017-8883312

Tuesday, December 16, 2014

Caramel Cheese Pudding

Hari nie nak cuba sesuaty yang baru lak. Selalu makan pudding caramel nie kat hotel jer kalau ada function. Kali nie bbuat sendiri dan makan kat rumah pulak...Terima kasih kepada Puan Azlita Aziz kerana kongsi resepi.
 


 
Resepi yang mudah.
 
Karamel 70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding 
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon               
 
Sediakan karamel 
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.

Monday, December 15, 2014

Ikan Selar Bersambal


Assalammualaikum kepada semua pelayar yang dikasihi. Lama tak update blog, kerna ada tugasan yang memerlukan tumpuan lebih. Hari nie nak share lauk yang senang nak buat dan menjadi kegemaran diwaktu sudah sering dijamu dengan ayam dan daging aje.
 
Ada yang kata ini hidangan untuk orang yang kurang rajin atau terlalu sibuk dengan urusan. Apa sahaja ler yang penting hidangan ini boleh membuka selera dan sedap.....
 
Tidah semestinya ikan selar sahaja, ikan lain juga boleh digunakan yang penting harus digoreng garing sebelum disiram dengan sambalnya.
 
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan selar kuning yang telah dibersihkan
10 tangkai cili kering direndam dalam air panas*
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai diketuk
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula
Kunyit serbuk
Asam Jawa
Air suam
 
Cara-caranya:
1. Ratakan garam dan kunyit serbuk pada ikan dan goreng sehingga garing.
2. Setelah garing angkat dan ketepikan.
3. Kisar semua bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis sehingga naik minyak bahan kisar bersama serai.
4. Masukkan garam secukup rasa, air asam jawa dan sedikit gula.
5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
6. Apa agak pekat tutup api dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng garing tadi dan bolehlah dihidangkan..
Selamat mencuba.

Monday, December 08, 2014

Kuih Keria

Petang nie kita layan lagi salah satu kuih tradisional yang bahan asasnya adalah keledek. Kuih kegemaran semasa zaman kanak-kanak ku dahulu.
Permulaan


Inilah hasilnya

Inilah juadah petang kami.

Friday, December 05, 2014

QALESYA MALL

JOM SHOPPING PRODUK MUSLIM DI QALESYA.COM
 
Semestinya kaum perempuan secara hakikatnya suka kepada kecantikan dan bershopping. Oleh itu Qalesya.com menyediakan pusat setempat untuk golongn istimewa ini memenuhi keinginan mereka.
 
Ayuh.....bersama-sama lawati Qalesya Mall