Monday, November 10, 2014

Wedding Cousin

Last weekend manghadiri wedding cousin di Gombak. Meriah sebab ada dua pasang pengantin serentak bersanding. Alhamdulillah dapat juga jumpa keluarga yang jauh dan dah lama tak bersua.
 
Selamat Pengantin Baru buat kedua sepupuku.
Semoga kalian semua kekal hingga ke Jannah.
 
 
Macam biasa mencari wedding cake tp tak jumpa...hmmm kat mn yek??


Thursday, November 06, 2014

Kole Kacang

Alhamdulillah....terhasil lagi satu keluaran dari Dapur Qalesya.
 
Kole Kacang RM32.00/talam
 
Juadah yang boleh dihidang utk minum petang bersama keluarga atau buah tangan semasa menziarah saudara atau teman2. Boleh juga dijadikan juadah utk berbuka.
 
Siap utk delivery


Wednesday, November 05, 2014

Mee Goreng Si Jantung Hati

Hujan lebat hari ini membuat suasana dingin menyelubungi area perumahan ku. Selongkar peti sejuk jumpa bahan2 yang bolehku buat experiment baru dari Dapur Qalesya. Nak tahu mcm mana rupa hasil ciptaanku petang ini?
Naaa.....tu dia semangkuk utk minum petang plus makan malam.
Nak resepi? Nie dia utk dicuba, selamat mencuba.
 
 
Bahan2:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
Semua bahan di atas di kisar bersama.
 
500gm mee kuning
1 biji lobak merah (karet)
sekeping hati ayam, jantung dan pedal (dapat jika beli ayam proses sekor)
3 tangkai sawi.
1 biji cili merah (utk hiasan)
Minyak masak
1 tbs Garam
 
Cara sediakan:
Panaskan minyak dan goreng hati, jantung & pedal ayam tadi sehingga kekuningan.
Masukkan bahan dikisar tadi dan tumis sehingga naik minyak, masukkan garam dan karet.
Masukkan mee dan kacau sehingga rata, kemudian masukkkan sawi kacau sehingga sawi layu.
Angkat mee setelah sawi layu dan hidangkan, tabur cili yang dihiris sebagai hiasan.
Sekarang sedia utk dinikmati seisi keluarga...

Apam Pokadot

Assalammualaikum pelayar2 semua. Ini cerita semalam yg terlalu byk aktiviti. Pagi ke sekolah anak di Jeram, shopping barangan dapur Qalesya & petang anak minta buatkan kueh minum petang.
 
Adoii...rehat jap lepas solat asar mula sarung apron baruku...siapkan bahan utk minum petang dan bahan tempahan utk deliver esok.
 
Tuu..dia siap sudah juadah minum petang...

 
Nak tahu siapa yg paling happy bila dah siap?
Qalesya yang paling happy...


Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi kami di:
WhatsApp : +6017 8883312
Email : sweetqalesya@gmail.com
Call : +6011 3231 2470

Sunday, November 02, 2014

Cheezy Cheese Powder

Assalammualaikum pelayar2 sekelian, salam hari minggu yg dingin lagi menyegarkan. Hari ini nak perkenalkan satu produk yang sering mendapat permintaan dan pertanyaan dari pelanggan Dapur Qalesya. Kini ia kembali dan dengan pembaharuan dan telah mendapat sijil halal pula...
Cheezy Cheese Powder
 
- Cukup mudah disediakan, hanya ditambah air panas sahaja. Hasilnya sama seperti mana cheese yang lain. Sedap, enak, sehingga menjilat jari.
 
- Berat 1 Pack 200 gram
 
- Kandungan
Milk Solids, Vegetable Fat, Modified Starch, Maltodextrin, Vegetable Powder, Cheese Solids, Flavour Enhancers, Dextrose, Salt, Glukose Syrup Solids, Food acids, Flavourings, Mineral Salt Spices. Yeast extract, Anti Caking Agents. Spice Extract Colourings.
 
- Penggunaannya : Campurkan 1 bahagian serbuk cheese dengan 1 bahagian air panas (>85c) sedikit demi sedikit2. Gaul rata hingga sebati dan pekat. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika sukakan lebih cair
 
- Panduan : Simpan di tempat dingin dan kering, elakkan dari terkena cahaya. Bancuh sekadar untuk kegunaan sahaja.
 
- Harga yang ditawarkan adalah 1 pek RM14.00 dan 5 pek RM65.00 (harga tdk termasuk kos pos).
 
Utk tempahan sila hubungi sy atau layari http://qalesya.com/?p=i_mukmin_chezzy 
selamat mencuba dan menjamu selera.

Friday, October 31, 2014

Apam Gula Hangus

Alhamdulillah hari ini satu lagi resepi Zuriana dari blog masam manis mengisi slot Dapur Qalesya. Hari yg dingin selepas hujan lebat sepanjang petang membuat perut pun mendendangkan lagu keroncong..hehehehe.....
 
Inilah hasilnya akibat tangan mengikut kata perut yang berdendang. Jemput semua..bismillah
 
Apam Gula Hangus
 
Seperti biasa Dapur Qalesya kongsikan resepi untuk dicuba.
 
1 cawan gula pasir 
1 cawan air 
Bahan yang di atas ini adalah untuk membuat gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Masak gula dalam periuk hingga kuning keemasan. Kemudian tambahkan air. Berhati2 semasa menambah air. kacau rata hingga gula larut.  Kemudian sejukkan. 
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit jika mengunakan loyang besar.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Tapi masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. Selamat mencuba..

Wednesday, October 29, 2014

TEPUNG MAGIK

Assalamualaikum.  Dapur Sweet Qalesya nak perkenalkan produk magik  utk seisi dapur. Tepung serbaguna dan sedang mendapat permintaan tinggi.


Tepung Goreng serbaguna ini mendapat gelaran TEPUNG MAGIK oleh sebab kerangupannya yang kekal berjam-jam lamanya. Tidak seperti tepung goreng biasa yang berada dipasaran yang membuat makanan cepat lemau setelah digoreng.
 
Kelebihannya:
1)Cepat & Mudah disediakan
2)Kurang Berminyak
3)Tanpa Telur
4)Tepung tidak digunakan dengan Banyak
5)Tidak menggunakan minyak yang banyak
6)Gorengan tidak cepat lembik (soggy)
7)Rasa macam kulit ayam KFC (ini customer yang cakap)
8)Mempunyai sijil halal JAKIM
 
Tepung Goreng serbaguna ini sesuai diguna untuk:
1) Ayam
2) Daging
3) Kambing
4) Makanan laut
5) Cendawan
6) Tempe
7)Sayur-sayuran
8) Buah-buahan
 
Utk order online sila lawati http://qalesya.com/?p=tepung_magik atau call utk tempahan. Harga cuma RM10.00 (tdk termasuk kos pos).