Wednesday, November 12, 2014

Sardin Roll

Alhamdulillah satu lagi produk Qalesya Frozen Food terhasil dari Dapur Qalesya. Tidak terbayang kegembiraan apa bila siap hasil tangan sendiri.

Penyediaan inti

Doh yg sudah siap diuli

Nie dia....Sardin Roll yg sudah siap utk dipasarkan
 
Sebarang pertanyaan tentang produk dan tempahan sila hubungi +6017 8883312 atau whatsApp.
Sila nantikan produk yang lain dalam masa yang terdekat ini dari Qalesya Frozen Food satu lagi hasil keluaran Dapur Qalesya.

Tuesday, November 11, 2014

Frozen Pau

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat & pelayar web sekelian. Hari nie nak share apa yang telah dipelajari last week di kelas frozen food Chef Asma. Banyak perkara baru dan perkara lama yg di refresh balik dalam kelas tu.
 
Hmmm.....nak tunjuk hasil tangan semasa kelas tu..anak2 kata best. Bonda yang kebetulan ada kat sini pon kata sedap. Sedap ke???

Sebenarnya banyak produk yg dibuat dikelas dan dibawa pulang, tapi ini jer yg sempat utk dikongsi di blog.

Sedia utk dikukus.
 
Siap untuk dimakan, jemput semua..bismillah..
 
Nak bagi tau semua ini adalah salah satu produk frozen yanga akan dikeluarkan oleh Dapur Qalesya. Rencananya selain pau nak buat sardine roll, mini murtabak & popia mini. Ini untuk permulaan dari Dapur Qalesya dan ia akan dikenali sebagai Qalesya Frozen Food.
Nantikan kemunculan produk kami yang akan dipasarkan dalam masa yg terdekat ini. Insyaallah....


Monday, November 10, 2014

Wedding Cousin

Last weekend manghadiri wedding cousin di Gombak. Meriah sebab ada dua pasang pengantin serentak bersanding. Alhamdulillah dapat juga jumpa keluarga yang jauh dan dah lama tak bersua.
 
Selamat Pengantin Baru buat kedua sepupuku.
Semoga kalian semua kekal hingga ke Jannah.
 
 
Macam biasa mencari wedding cake tp tak jumpa...hmmm kat mn yek??


Thursday, November 06, 2014

Kole Kacang

Alhamdulillah....terhasil lagi satu keluaran dari Dapur Qalesya.
 
Kole Kacang RM32.00/talam
 
Juadah yang boleh dihidang utk minum petang bersama keluarga atau buah tangan semasa menziarah saudara atau teman2. Boleh juga dijadikan juadah utk berbuka.
 
Siap utk delivery


Wednesday, November 05, 2014

Mee Goreng Si Jantung Hati

Hujan lebat hari ini membuat suasana dingin menyelubungi area perumahan ku. Selongkar peti sejuk jumpa bahan2 yang bolehku buat experiment baru dari Dapur Qalesya. Nak tahu mcm mana rupa hasil ciptaanku petang ini?
Naaa.....tu dia semangkuk utk minum petang plus makan malam.
Nak resepi? Nie dia utk dicuba, selamat mencuba.
 
 
Bahan2:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
Semua bahan di atas di kisar bersama.
 
500gm mee kuning
1 biji lobak merah (karet)
sekeping hati ayam, jantung dan pedal (dapat jika beli ayam proses sekor)
3 tangkai sawi.
1 biji cili merah (utk hiasan)
Minyak masak
1 tbs Garam
 
Cara sediakan:
Panaskan minyak dan goreng hati, jantung & pedal ayam tadi sehingga kekuningan.
Masukkan bahan dikisar tadi dan tumis sehingga naik minyak, masukkan garam dan karet.
Masukkan mee dan kacau sehingga rata, kemudian masukkkan sawi kacau sehingga sawi layu.
Angkat mee setelah sawi layu dan hidangkan, tabur cili yang dihiris sebagai hiasan.
Sekarang sedia utk dinikmati seisi keluarga...

Apam Pokadot

Assalammualaikum pelayar2 semua. Ini cerita semalam yg terlalu byk aktiviti. Pagi ke sekolah anak di Jeram, shopping barangan dapur Qalesya & petang anak minta buatkan kueh minum petang.
 
Adoii...rehat jap lepas solat asar mula sarung apron baruku...siapkan bahan utk minum petang dan bahan tempahan utk deliver esok.
 
Tuu..dia siap sudah juadah minum petang...

 
Nak tahu siapa yg paling happy bila dah siap?
Qalesya yang paling happy...


Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi kami di:
WhatsApp : +6017 8883312
Email : sweetqalesya@gmail.com
Call : +6011 3231 2470

Sunday, November 02, 2014

Cheezy Cheese Powder

Assalammualaikum pelayar2 sekelian, salam hari minggu yg dingin lagi menyegarkan. Hari ini nak perkenalkan satu produk yang sering mendapat permintaan dan pertanyaan dari pelanggan Dapur Qalesya. Kini ia kembali dan dengan pembaharuan dan telah mendapat sijil halal pula...
Cheezy Cheese Powder
 
- Cukup mudah disediakan, hanya ditambah air panas sahaja. Hasilnya sama seperti mana cheese yang lain. Sedap, enak, sehingga menjilat jari.
 
- Berat 1 Pack 200 gram
 
- Kandungan
Milk Solids, Vegetable Fat, Modified Starch, Maltodextrin, Vegetable Powder, Cheese Solids, Flavour Enhancers, Dextrose, Salt, Glukose Syrup Solids, Food acids, Flavourings, Mineral Salt Spices. Yeast extract, Anti Caking Agents. Spice Extract Colourings.
 
- Penggunaannya : Campurkan 1 bahagian serbuk cheese dengan 1 bahagian air panas (>85c) sedikit demi sedikit2. Gaul rata hingga sebati dan pekat. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika sukakan lebih cair
 
- Panduan : Simpan di tempat dingin dan kering, elakkan dari terkena cahaya. Bancuh sekadar untuk kegunaan sahaja.
 
- Harga yang ditawarkan adalah 1 pek RM14.00 dan 5 pek RM65.00 (harga tdk termasuk kos pos).
 
Utk tempahan sila hubungi sy atau layari http://qalesya.com/?p=i_mukmin_chezzy 
selamat mencuba dan menjamu selera.